Sunday, April 12, 2009

VIDEO

Video merupakan elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding grafik, teks dan audio. Ia juga sebagai sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang amat berkesan kerana menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realisti atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

No comments:

Post a Comment