Sunday, April 12, 2009
ANIMASI
VIDEO
Video merupakan elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding grafik, teks dan audio. Ia juga sebagai sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang amat berkesan kerana menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realisti atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
GRAFIK
Grafik mempunyai piawaian tertentu yang bermaksud format fail yang sesuai bagi sesebuah imej atau grafik. Antara piawaian atau format yang biasa digunakan ialah GIF, EPS, TGA, PICT, TFF, BMP, WMF dan JPEG. Jenis-jenis grafik pula ialah Graf/Carta, Fotograf, Diagram, Kartun dan Lukisan.
AUDIO
AUDIO
Di dalam satu sitem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ia lebih mantap dan berkesan. audio adalah bunyi yang digunakan untuk membantu penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Ia merupakan sumber media yang paling dinamik serta efektif dalam penyaluran informasi berbanding garfik. Elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Saturday, April 11, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Saturday, January 31, 2009
Penggunaan Multimedia Dalam Hiburan
Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM dan mengandungi elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur. Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimeida berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing asalakan ia terdapat didalam server.
Jelaslah bahawa penggunaan multimedia dalam bidang hiburan ini dapat ditingkatkan lagi dengan pengunaan pelbagai media yang baharu dan seiring dengan arus peredaran masa dan pemodenan dunia globalisasi.
sumber
http://gmm.fsksm.utm.my/~sca3103/cgi-bin/bahan_kuliah/anita/Bab%201%20-%20Pengenalan%20MM.pdf











