Grafik juga dikenali gambar dan selalu dikaitkan dengan lukisan. ia digunakan untuk visual dalam sesuatu persembahan kerana mampu menerangkan sesuatu informasi dengan berkesan dan menjadikan sesuatu penyampaian atau persembahan menjadi lebih menarik. Grafik digunakan untuk menerangkan konsep yang tidak dapat diterangkan oleh teks. Juga boleh menukar atau meminda imej pada skrin komputer dengan mudah berbanding dengan sekeping kertas. Terdapat dua kategori grafik iaitu bitmap dan vektor.
Grafik mempunyai piawaian tertentu yang bermaksud format fail yang sesuai bagi sesebuah imej atau grafik. Antara piawaian atau format yang biasa digunakan ialah GIF, EPS, TGA, PICT, TFF, BMP, WMF dan JPEG. Jenis-jenis grafik pula ialah Graf/Carta, Fotograf, Diagram, Kartun dan Lukisan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment