
Sunday, April 12, 2009
ANIMASI

VIDEO
Video merupakan elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding grafik, teks dan audio. Ia juga sebagai sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang amat berkesan kerana menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realisti atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
GRAFIK
Grafik mempunyai piawaian tertentu yang bermaksud format fail yang sesuai bagi sesebuah imej atau grafik. Antara piawaian atau format yang biasa digunakan ialah GIF, EPS, TGA, PICT, TFF, BMP, WMF dan JPEG. Jenis-jenis grafik pula ialah Graf/Carta, Fotograf, Diagram, Kartun dan Lukisan.
AUDIO
AUDIO
Di dalam satu sitem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ia lebih mantap dan berkesan. audio adalah bunyi yang digunakan untuk membantu penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Ia merupakan sumber media yang paling dinamik serta efektif dalam penyaluran informasi berbanding garfik. Elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.